
|
Bonjour!
Welcome to my simple triple blog, Nur Aishah the names given.Thanks cause sudii lepak kat sini.Tak suka ?Sila close tab nii.Allah ialah Tuhan saya dan Al-Quran ialah Sunnah saya.Nak kawan?Hormat PRINSIP saya. That's all.Thank you and Love you ♥ !
Tagboard! Big Claps Template: Aina Syaza Editor:Nur Aishah Other: WeHeartIt Photobucket |
Jangan Tinggalkan Allah,Pencipta kita :))
Subhanallah,memang benarlah Allah itu sebaik-baik Pencipta.Lihatlah sekarang,boleh berjalan,bercakap,berfikir,melihat,melakukan pelbagai perkara dan mempunyai perasaan.Allah ciptakan kita bukan dengan sambil lewa jaa.Allah begituu teliti mencipta kita.Tersusun,teratur dan berperingkat.
Allah menciptakan manusia daripada tanah hanya sekali.Iaitu manusia yang pertama,bapa kita yang pertama yakni Nabi Adam a.s. Kita sebenarnya makhluk yang istimewa.Apabila Nabi Adam a.s. itu diciptakan,Allah SWT memerintahkan para malaikat dan iblis untuk sujud kepada Nabi Adam a.s. sebagai tanda hormat.Nah,Allah perintahkan para malaikat bersujud kepada kita,yakni manusia.Itu tandanya mulia dan istimewanya kita bagi Allah.
Tidakkah kita merasakan yang diri kita ini berharga?Dicipta oleh Sebaik-baik Pencipta,dan diciptakan sebaik-baik kejadian.Lepas tuu,Allah arahkan pulak para malaikat yang suci dan pasti dijanjikan syurga buatnya untuk sujud kepada kita.Tidakkah kita ni begitu istimewa bagi Allah yang tiada bandingnya?
"Kita datang daripada Allah,dan Kedatangan kita adalah kedatangan yang mulia.Tapii kenapa ramai yang tak hargai hadiah daripada Allah?Kita tak pernah minta untuk dilahirkan,tetapi,Allah dengan penuh kasih sayang beri peluang untuk kita rasa nikmat dunia.Ingatlah,Allah menganggap kita istimewa bagii Dia,tapi kenapa kita lupakan dia.Kenapa?Nak kaa kita jadi manusia takk sedar diri,makan rezeki daripada Dia,tetapi tidak mahu menyembahnya?Muhasabah lah diri,di akhir Ramadhan nii,ambil kesempatan untuk perbanyakkan amal ibadah kita.Takut kita tidak sempat untuk merasai nikmat di bulan Ramadhan nii lagii.Wallahualam.
|