
|
Bonjour!
Welcome to my simple triple blog, Nur Aishah the names given.Thanks cause sudii lepak kat sini.Tak suka ?Sila close tab nii.Allah ialah Tuhan saya dan Al-Quran ialah Sunnah saya.Nak kawan?Hormat PRINSIP saya. That's all.Thank you and Love you ♥ !
Tagboard! Big Claps Template: Aina Syaza Editor:Nur Aishah Other: WeHeartIt Photobucket |
Ya Allah . .
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Ya Allah , berdosanya aku. Terlalu banyak kekhilafan yang aku dah buat . Ya Allah, jahilnya aku. Kerdilnya aku , Ya Rabb. Di saat orang berlumba lumba mengejar Jannatul Firdaus, aku masih leka dengan nikmat duniaMu. Tanpa sedikit pun aku sedar yang aku telah jauh daripadaMu Ya Allah. Cemburunya aku Ya Allah, cemburunya aku melihat perempuan yang solehah. Perempuan yang bertudung litup menutup aurat mereka sedang aku, kurang sempurna dalam menjaga aurat, menjaga ikhtilat. Hanya Kau sahaja yang tahu betapa aku hendak menyarung tudung labuh itu, betapa aku ingin sekali dipandang dengan penuh rasa hormat. Betapa ingin sekali aku merasa CintaMu Ya Allah. Acap kali aku bertaubat kepadaMu, acap kali Kau turunkan dugaan kepadaku, tetapi selalu saja aku tewas dalam penghijrahanku. Kau tidak pernah penat menerima tubatku Ya Allah sehinggakan aku berasa malu dengan diriku Ya Allah. Aku hamba yang penuh dosa, mungkin di kalangan hambamu, aku lah yang paling hina. Aku lah yang paling jauh dariMu Ya Allah :'( Benarkan lah aku rasa akan kasihmu, rasa terlindung kerana dekat bersamaMu. Selama ini, aku tercari cari kasih sayang yang adil di dunia ini, kasih sayang yang hakiki yang boleh aku bawa ke alam mati. Tapi aku lupa akan satu hal. Aku belum lagi mengenal apa itu Cinta Allah, apa itu Cinta akan Rasulullah. Aku ini jahil Ya Allah. Bantulah aku, berikanlah sedikit kekuatan kepadaku Ya Allah. Aku ingin sekali tergolong dalam golongan yang dikasihiMu. Aku ingin sekali menjadi hamba yang dikasihiMu. Setiap kali terbitnya Fajar, aku tertanya tanya, apa lagi dosa yang akan aku galas pada hari ini. Sedangkan dosa dosa aku yang lepas pun tidak tertanggung, tidak terkira. Sudikah Engkau menerima taubatku ? Sering kali aku menabur janji kepadaMu. Sering kali. Tetapi mudah saja aku memungkiri janjiku Ya Allah. Berdosanya aku. Banyaknya dosaku Ya Rahman. Jijiknya aku di mataMu. Kerdilnya aku. Aku takut Kau tidak lagi menghiraukan aku, aku takut aku terlepas daripada pandanganmu disebabkan dosa yang aku buat. Aku takut Kau tarik nikmat yang Kau berikan kepadaku. Sudah banyak kali aku menyakiti hati kekasihMu Ya Allah. Sudah banyak kali aku membuatkan kekasihMu sedih Ya Allah. Sudah banyak kali aku mengecewakan kekasihMu, Rasulullah :'( Ampunkan aku. Aku tak nak tergolong dalam kalangan umatmu yang murka akanmu Ya Rasulullah. Aku ingin bersamamu di Syurga. Aku ingin mencintaimu sesungguh hatiku. Aku ingin membalas jasamu Ya Rasulullah. Terlalu banyak kau bekorban untuk umat Islam. Maafkan aku jika aku salah satu dari umatmu yang sering buatmu mengalirkan airmata kekecewaan melihat keadaan kami. Maafkan aku Ya Rasulullah. Maafkan aku. Maafkan aku :'( |